2. PENDIDIKAN MORAL SPM 2010: TEKNIK MENJAWAB

PENDIDIKAN MORAL SPM

1225/1


 MASA : 2 JAM 30 MINIT.


 BAHAGIAN A : 8 soalan struktur (80 M)

BAHAGIAN B : 3 soalan esei (20 M)

( Jawab 2 soalan sahaja)

KESALAHAN-KESALAHAN NILAI YANG SELALU DILAKUKAN OLEH PELAJAR:

 Salah ejaan, contohnya ‘Kemapanan’ ditulis “Kemampanan ”


 Tidak boleh ditambah atau dikurang. Contoh, “Saling Menghormati antara Negara” ditulis “Saling hormat menghormati antara negara”


 Imbuhan tidak boleh dibuang atau ditambah. Contoh, “Kesederhanaan” ditulis “Sederhana”


 Nilai tidak boleh diterbalikkan atau dikurangkan.


 Kalau boleh jangan guna iaitu, iaini, - , bermaksud, : ,atau nombor dalam soalan esei KECUALI ANDA PASTI MAKSUDNYA.


 Anda boleh gunakan ‘sebab’, ‘supaya’, ‘kerana’, ‘dengan’


 Jangan gunakan “Tidak” sebelum nilai. Gunakan “sepatutnya”

UNTUK SOALAN STRUKTUR

NILAI MESTI DITULIS DENGAN TEPAT.


 Biasanya:  Jika diberi 6 markah,sekurang-kurangnya anda mesti beri 3 nilai dan 3 penerangan.
 Jika diberi 4 markah, sekurang-kurangnya anda mesti memberi 2 nilai dan 2 penerangan.


 Jika diminta nilai, baru beri nilai.
 Pastikan benar-benar nilai siapa yang hendak dibincangkan, jika tersilap, tiada markah.


 Penerangan yang diberi mestilah mempunyai kata kunci nilai atau mempunyai perkataan yang ada pada nilai.


 Penerangan sahaja tanpa nilai tidak boleh diberi markah.


 PENERANGAN mesti dikaitkan dengan CERITA SOALAN.


 Tidak boleh beri nilai sebagai jawapan sekiranya tidak diminta.

UNTUK SOALAN ESEI.

Satu soalan 10 markah. Sekurang-kurangnya anda mesti memberi 2 nilai dan 4 penerangan serta 4 contoh.


 Anda boleh memberi sehingga 3 nilai berserta penerangannya.


 Kalau boleh Jangan guna iaini, iaitu, bermaksud, - , : , atau nombor 1, 2, 3…


 Jangan guna perenggan kerana nilai yang di atas boleh dipadankan dengan penerangan yang dibawah jika pasangan tersebut salah.


 Buat ayat walaupun sedikit. Jangan terus senaraikan nilai.


 Jangan ambil penerangan terus daripada soalan.


 Kalau tulis penerangan sahaja, tiada markah.


 Penerangan yang diberi mesti mempunyai kata kunci.


 Jangan mengada-adakan cerita selain daripada soalan yang diberi kecuali cadangan.


 Contoh tak perlu kata kunci.


 Tentukan dahulu nilai siapa yang hendak dibincangkan. Jika tersilap, tiada markah untuk semua.
BAHAGIAN A


(struktur)

Pada masa ini, negara kita sibuk didatangi oleh artis-artis dari negara luar khususnya negara Barat. Mereka membawa budaya liar dan tidak senonoh. Sikap mereka telah mempengaruhi remaja sehingga remaja kita hilang budaya Timur mereka. Pergaulan bebas , meminum minuman keras dan menghisap rokok telah menjadi kebiasaan. Malah ada yang sudah menghisap dadah.


– a) Jelaskan dua nilai yang patut ada pada remaja kita agar tidak terpengaruh dengan budaya tersebut.


 ( 4 markah)

Remaja kita sepatutnya mengamalkan nilai harga diri dengan memuliakan maruah diri agar tidak terikut-ikut dengan budaya negatif artis luar. Remaja juga perlu rasional dengan memikirkan kesan negetif jika mengikut budaya Barat tersebut.

b) Berikan maksud salah satu nilai yang anda nyatakan di atas. ( 2 markah )

-RUJUK SILIBUS
C) Berikan dua kesan negetif sekiranya remaja kita terus hanyut dengan budaya tersebut. ( 2 markah )

1. Kes menyalahgunakan dadah dikalangan remaja akan terus meningkat


2. Kes jenayah remaja akan meningkat kerana mereka suka kepada budaya negetif.

d) Cadangkan dua cara untuk mengatasi masalah tersebut.


 ( 2 markah )

1. Mengetengahkan budaya timur mengikut kaum masing-masing.


2. Memperbanyakkan rancangan televisyen tempatan yg mendidik remaja.


Jika soalan meminta terangkan dua nilai tetapi markahnya 6 ?


 Mesti jawab dua nilai dimana satu nilai diikuti dengan satu kata kunci dan cerita serta mesti beri satu contoh.

 N + KK+CTA+ CONTOH…….X2

B. CONTOH SOALAN ESEI
 Setakat ini dianggarkan lebih25 juta orang di seluruh dunia dijangkiti HIV( Human Immunodeficiency Virus). Virus HIV yang menyebabkan AIDS boleh melampaui semua sempadan dan lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau taraf sosioekonomi.


 Bincangkan 2 nilai bagaimanakah penyakit ini boleh dihindari.


 ( 10 markah )

JAWAPAN SOALAN ESEI.


 N + 2P + 2 CH
Kita mesti mengamalkan nilai harga diri dengan menjaga maruah diri daripada terlibat dengan perkara maksiat seperti hubungan seks bebas yang membawa HIV. Diri perlu dimuliakan jangan sampai terlibat dengan perkara jenayah seperti menagih dadah yang menyebarkan HIV.
 N + 2P + 2CH


 Kita mesti mengamalkan nilai rasional dengan memikirkan kesan buruk jika terkena penyakit tersebut seperti berfikir masak-masak sebelum terlibat dengan gejala yang membawa HIV. Kita juga mesti menimbangkan betapa penyakit ini sukar diubati seperti merana sepanjang hayat dan membawa maut.


 (tambahan nilai…….)

 Kita juga mesti mengamalkan nilai KESEDERHANAAN………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

JAWAPAN ESEI LENGKAP

Kita mesti mengamalkan harga diri dengan menjaga maruah diri daripada terlibat dengan perkara maksiat seperti hubungan seks bebas yang membawa HIV. Diri perlu dimuliakan jangan sampai terlibat dengan perkara jenayah seperti menagih dadah yang menyebarkan HIV. Kita juga mesti mengamalkan nilai rasional dengan memikirkan kesan buruk jika terkena penyakit tersebut seperti berfikir masak-masak sebelum terlibat dengan gejala yang membawa HIV. Kita juga mesti menimbangkan betapa penyakit ini sukar diubati seperti merana sepanjang hayat dan membawa maut.


CONTOH SOALAN
1. Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh kerajaan pada 17 Jun 1991untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB) 1970-1990.

a)Jelaskan dua nilai yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bagi menentukan kejayaan Dasar Pembangunan Nasional.


( 4 markah)
1a) Rakyat Malaysia mengamalkan nilai toleransi iaitu bertolak ansur dalam menerima Dasar Ekonomi Baru. Mereka juga mengamalkan penglibatan diri dalam pembangunan Negara dengan melibatkan diri dalam semua pembangunan Negara.

1b )Terangkan empat strategi Untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional.


 ( 4 markah )

1. Program PPRT ( Program Pembangunan Rakyat Termiskin tanpa mengira kaum.


 2. Melahirkan masyarakat industri kampung, satu kampong satu industri.


 3. Mempelbagai asas ekonomi negeri yg kurang maju


 4. Memperluas infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial Negara.

1c ) Huraikan dua cara rakyat Malaysia membantu dalam merealisasikan dasar ini.


( 2 markah )

1. Menerima dasar itu dengan hati yg terbuka


 2. Menyokong atau melibatkan diri dalam program tersebut.

KESIMPULAN

 Baca soalan dengan teliti beberapa kali.


 Tulis 36 nilai sebelum jawab soalan.


 Pastikan nilai siapa yang hendak di bincangkan.


 Setiap soalan yang perlukan nilai, mesti diberi nilai dan penerangannya serta dikaitkan dengan cerita.


 Jangan diberi nilai pada soalan tidak diminta nilai (soalan struktur)


 Hafal nilai serta kata kuncinya.


 Banyakkan membuat latihan mengenai isu-isu semasa.

watak atau nilai siapa mesti di tulis. Kalau tidak, markah akan dipotong, atau dikurangkan